modul kerja bata kolej vokasional

SELAMAT DATANG KE LAMAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

Amali 2


Projek Membina Gerbang Dalam Ikatan Inggeris

Pengenalan
Ikatan Inggeris mengandungi lapisan kepala bata (header) dan sisi bata (stretcher) yang berselang lapisan iaitu satu lapisan kapala bata dan satu lapisan permukaan sisi bata dalam lapisan yang berlainan. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Secara am, pembinaan gerbang dilakukan mengikut beberapa proses seperti memasang pemusat gerbang, memotong bata mengikut pemusat gerbang dan membuat kemas ikat pada sambungannya. 


Peralatan Dan Kelengkapan
   - Sudip
   -  Sesiku
   -    Alat aras spirit
   -    Tolok lurus dan span
   -    Bongkah benang dan pin
   - Baldi dan skop
   - Kemas ikat
     

Langkah-langkah:

A: Langkah-langkah membina tembok dalam ikatan Inggeris:

(i)     Mulakan dengan merancang tanda
-       Merancang tanda kerja tapak berdasarkan gambarajah projek yang disediakan.
(ii)    Membuat bancuhan mortar
-        Dalam kerja amali ini, mortar yang digunakan ialah mortar kapur untuk mengikat bata.
(iii)  Membuat ikatan Inggeris.
-       Bagi memulakan kerja bata, mortar diletakkan di bahagian permukaan lantai atau pada permukaan lapisan pertama bata mengikut teknik yang betul. Kepala bata diletakkan mortar dengan menggunakan sudip bata.
(iv)  Menentukan kedudukan bata yang diterap berada dalam keadaan yang betul dan rata dengan menggunakan alat aras spirit, ia juga digunakan bagi mendapatkan ketegakan dan juga kelurusan dinding.
(v)   Bata penutup setengah digunakan bagi lapisan pertama (kedudukan tegak) dan lapisan kedua (kedudukan melintang).Penukul dan bantalan bata digunakan untuk memotong bata dan memecahkan  bahagian dinding bata secara manual.
(vi)  Langkah mengikat bata diteruskan sehingga 3 lapisan.
(vii) Setelah ketiga-tiga lapisan siap, kerja kemas ikat dilakukan.

B: Langkah-langkah membina gerbang:

(i)     Pemusat gerbang dibina mengikut bentuk intrados gerbang dan dimensi rentang bukaan
(ii)    Pemusat dipasangkan di atas tiang dan didatarkan dengan alas an baji lipat. Kedudukan pemusat hendaklah 10 mm ke dalam muka tembok supaya tidak mengganggu kerja butir-butir bata diluruskan semasa gerbang dibina.
(iii)  Menerapkan butir-butir bata secara serentak dari kedua-dua titik tumpuan gerbangnya. Mortar simen adalah bahan pengikat yang lazim digunakan. Bancuhan mortar simen dengan nisbah 1: 4 adalah memuaskan. Jika perekatan mortar tidak cukup, sedikit kapur boleh ditambah. Kelurusannya hendaklah dikawal berpandukan benang yang dipasang dengan blok penjuru pada pacak tambatan.
(iv)  Membuat kemas ikat pada sambungannya. Mortar kompo adalah sesuai digunakan untuk kerja ini. Kadangkala pewarna juga dibancuhkan untuk mendapatkan warna sambungan yang dikehendaki.
(v)   Menanggalkan pemusat. Sebagai langkah keselamatan, pemusat patut dilonggarkan dua hari sebelum ditanggalkan dan juga sebelum kerja bata dibina di bahagian atas gerbang supaya butir bata dapat menekan sambungan mortar dalam gerbang tersebut.



No comments:

Post a Comment