modul kerja bata kolej vokasional

SELAMAT DATANG KE LAMAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

Jenis-jenis Ikatan Bata

Tujuan ikatan bata adalah untuk mendapatkan ikatan bata yang kuat, susunan bata yang cantik dan menarik dan sesuai dengan kerja ikatan. Terdapat pelbagai jenis ikatan dalam kerja menyusun bata.  

Antara ikatan ini yang biasa digunakan di Malaysia ialah:
 Selain daripada ikatan di atas terdapat juga beberapa ikatan lain yang sering digunakan dalam kerja membina tembok, sila rujuk link berikutnya:




Prinsip-prinsip Ikatan Bata

(i) Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah: 
     (a)  Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk 
           mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus 
           baik dipermukaan mahupun di dalam tembok
      (b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli 
           rekabentuk. 
(ii) Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan 
     tembok yang dibina. 
(iii) Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk 
      pada permukaan tembok
(iv) Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan 
       tegaknya berterusan (tidak berlekap), kekuatan dan 
       kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang 
       berterusan itu seboleh-bolehnya hendaklah dielakkan dalam 
       segala kerja bata. 
(v)  Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok 
      yang tidak terikat adalah ditunjukkan dalam rajah di bawah. 
      Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat 
      jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD


      
     (vi) Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, 
          misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan lebar 
          bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala 
          tembok yang tebalnya sama dengan panjang bata dikenali
          tembok satu bata. 
  (vii) Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah 
        digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip pengikatan
 (viii)Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan 
         bata digunakan untuk mencegah sambungan yang terus 
         menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok 
         persimpangan. 

     (ix) Di bawah terdapat beberapa jenis keratan bata khas 
         digunakan memenuhi prinsip-prinsip ikatan bata :
   
   

   









 
 




1 comment:

  1. terima kasih informasi nya semoga berkah
    https://batubatajepara.com

    ReplyDelete