modul kerja bata kolej vokasional

SELAMAT DATANG KE LAMAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

Kerja Bata

Dalam kerja bata, terdapat tiga bahan penting yang diperlukan iaitu antaranya :

1. Simen - simen hendaklah daripada jenis simen Portland 
               biasa.
2. Pasir   - pasir untuk penghasilan motar hendaklah daripada 
                jenis pasir air tawar yang keras, bersih dan bebas 
                daripada sebarang selaput atau kotoran lain.
3. Motar - motar hendaklah mengandungi 1 bahagian simen 
                dan 6 bahagian pasir dan dicampur dengan 
                bahan pemudah adun. Pemudah adun hendaklah 
                digunakan mengikut piawai yang ditetapkan. 
Bahan-bahan ini hendaklah disukat dengan menggunakan kotak sukatan serta hendaklah dibancuh di atas papan pelantar yang bersih atau menggunakan alat pembancuh jentera.


Apa itu Bata??
Bata merupakan salah satu bahan utama dalam pembinaan bangunan.Bahan-bahanya terdiri daripada :

  •          Tanah liat
  •          Pasir dan Simen
  •          Pasir dan Kapur



Bata berbentuk segiempat bujur, dibuat daripada bahan tak organik yang keras dan lasak. Saiz dan beratnya direka supaya mudah dipegang dengan sebelah tangan. Ukuran panjang 2 kali ukuran lebarnya, campur dengan tebal 1 lapisan ikatan mortar, ukuran tebalnya ialah lebih kurang 2/3 ukuran lebarnya. Pelbagai jenis dan bentuk, bergantung kepada jenis dan punca bahan mentah, cara pengilangan dan kegunaannya.
Saiz piawan bagi bata adalah seperti di bawah:



 
Bata yang baik hendaklah mempunyai sifat-sifat seperti berikut:

  • Pembakaran bata hendaklah mencukupi dan seimbang iaitu warnanya merah tua,berbunyi ketukan besi jika diketukkan satu sama lain. 
  • Saiz bata mestilah lebih kurang sama dan seragam iaitu 216 mmx 103 mm x 65 mm. 
  • Bentuknya hendaklah bersegi tepat dan permukaannya lurus dan rata. 
  • Permukaan bata tidak retak. 
  • Kadar resapan air tidak melebihi 1/6 isipadu bata.




No comments: