modul kerja bata kolej vokasional

SELAMAT DATANG KE LAMAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

Jenis-jenis Bata


  • Bata merupakan salah satu bahan binaan yang terpenting dalam sesuatu projek pembinaan.
  • Terdapat berbagai-bagai jenis bata yang digunakan mengikut tujuan sesuatu pembinaan. Jenis-jenis bata yang.
  • Oleh itu adalah penting untuk mengetahui jenis-jenis batu bata dan kegunaannya.
  • Jenis-jenis bata yang biasa terdapat di Malaysia terdiri daripada:  

(i)           Batu Bata Tanah Liat
-       Bata tanah liat adalah paling meluas digunakan.
-       Batu bata yang terbuat dari tanah liat
-        Terdapat 3 kategori dalam bata tanah liat iaitu
(a)  Bata Biasa @ common brick
·         Sesuai digunakan untuk kegunaan am.
·         Tidak mempunyai rupabentuk permukaan yang menarik dan biasanya digunakan untuk dinding-dinding sekatan yang akan ditutupi dengan lapisan lepa, rough cast, tiling atau untuk kegunaan lain yang rupa permukaannya tidak begitu mustahak.


(b)  Bata Muka @ facing brick
·         Bata jenis ini mempunyai kemasan pada permukaannya samada bertekstur, berpasir atau licin serta mempunyai warna atau corak yang sama.
·         Bata jenis ini tidak perlu dilepa (plaster) dan digunakan untuk membina kerja-kerja kecantikkan yang menunjukkan permukaan  batu-bata yang menarik.
·         Bata jenis ini juga tahan lasak terhadap keadaan cuaca



(c)  Bata Kejuruteraan @ engineering brick
·         Bata kejuruteraan ialah bata yang padat
·         Bata jenis ini digunakan untuk pembinaan-pembinaan seperti:
- Tembok penahan
- Dinding atau tembok-sambut yang
- menanggung beban
- Tembok-landas dan tembok-sambut jambatan
- Pembentungan bata
- Bentuk-bentuk dinding lain yang mungkin terdedah kepada tindakan asid dan hakisan


 
(ii)           Batu Bata Api
-       Bata api ialah jenis bata khusus, yang digunakan untuk mengalas atau melapik lubang cerobong, dandang dan tanur, atau kerja-kerja lain di mana keadaan tahan haba diperlukan.
-       Bata ini dibuat daripada tanah liat sabak yang haba atau suhu yang tinggi.

 
(iii)           Batu Bata Pasir Kapur (kalsium silikat)
-       Bata ini diperbuat daripada bahan campuran kapur dengan pasir dan sedikit air
-       Antara kegunaan bata ini ialah:
·         Sesuai digunakan dalam kerja yang memerlukan kuatan yang tinggi atau sentiasa terendam di dalam air
·         Bata bangunan bagi kerja memagar disebelah luar
·         Bata yang diikat dengan motar