modul kerja bata kolej vokasional

SELAMAT DATANG KE LAMAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN VOKASIONAL

Ikatan Flemish


  • Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang seli dalam satu lapisan yang sama.
  • Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu ¼ bata.
  • Sambungan tegak yang berterusan berlaku di dalam di dalam tembok tetapi tidak kelihatan pada permukaan tembok.
  • Apabila kedua-dua belah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish ia dinamakan ‘Flemish Kembar’.
  • Jika sebelah permukaan tembok menunjukkan susunan Flemish dan sebelah yang lain pula menunjukkan susunan Inggeris maka ia dinamakan ‘Flemish Tunggal’.
  • Ikatan ini dapat menghasilkan kedua-dua belah muka tembok yang lebih rata dibandingkan dengan ikatan yang lain. Oleh sebab itu, ikatan ini sesuai digunakan untuk membina tembok yang tidak akan dilepa. 




kembali ke Jenis-jenis Ikatan Bata

No comments:

Post a Comment